Thursday, February 17, 2011

 Penjagaan Anak-anak Arowana Kecil Lepas 'York'

Berikut adalah tips-tips yang diberikan oleh seorang orang lama yang berkecimpung secara aktif dalam industri penternakan dan perdagangan (trading) arowana mengenai penjagaan anak-anak arowana kecil yang baru lepas 'york' (bersaiz 2.5 ke 3 inci) :

Tip 1 - Cuci sistem penapisan air setiap hari
Tip 2 - Ganti sebahagian air sekurang-kurangnya sekali dalam 2 hari

Tips ini paling mustahak diikuti sekiranya terutamanya bila terdapat berpuluh-puluh ekor anak-anak dipelihara di dalam satu akuarium. Ini kerana air lebih cepat dikotori oleh bahan-bahan buangan anak-anak ikan tersebut.
Sekian.. semoga dapat memberi menafaat kepada sesiapa yang baru berkecimpung dalam bidang ini.



Kenapa pelihara arowana?
Sebab ia mempunyai nilai komersil dan kenaikan harga adalah sangat tinggi bagi setiap inci saiz dibesarkan. Jadi ia bukan sekadar hobi, bahkan memberi pulangan yang tinggi.

Mengenali Bahagian-bahagian Utama Ikan Arowana
[Arowana+Main+Pic+Intro.jpg]
Sila klik pada gambar di atas untuk melihat dengan resolusi tinggi

Jenis-jenis Baka Arowana Yang Paling Popular Di Malaysia


A.  "Golden Series"
Malaysia Golden adalah baka arowana yang dikatakan berasal dari Semenanjung Malaysia dan pada suatu ketika dulu banyak terdapat secara liar di Sungai Kerian dan Tasik Bukit Merah. Bagaimana pun baka asal yang hidup secara liar sudah hampir pupus kerana ditangkap oleh penggemar-penggemar arowana, sebahagiannya dijual kepada penggemar-penggemar luar negara manakala sebahagian lagi masih terdapat di kolam-kolam peliharaan arowana seperti di sekitar Tasik Bukit Merah.

Arowana dari baka golden yang boleh didapati hari ini kebanyakannya bukannya merupakan baka Malaysia Golden (MG) tulen, sebaliknya telah dikacuk. Ia boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, iaitu:

1. Golden Head
Arowana Golden Head sebenarnya bukanlah baka Malaysia Golden atau MG tulen. Malah ia adalah baka yang terhasil dari teknologi kacukan (hibrid) di antara baka MG dan baka arowana merah (red arowana). Begitu pun, arowana golden head ini adalah digolongkan dalam famili Golden series. Terdapat "gold ring" atau jalur berwarna emas yang berbentuk seperti cincin melitupi lingkaran luar sisik, yang merupakan kriteria utama MG. Pada arowana golden head, gold ring ini meliputi semua barisan sisik termasuk sisik di paras 6. Walau bagaimanapun, warna emas "gold ring" ini kurang pekat berbanding dengan MG (iaitu less intense). Di samping itu terdapat tompokan emas pada bahagian atas kepala (forehead) juga. Apabila cukup dewasa dan bila dibela di dalam akuarium dengan latarbelakang gelap, warna emasnya kelihatan pekat. Seperti juga MG, salah satu ciri Golden Head adalah kehadiran "chu" yang halus dan tersusun kemas di bawah sirip dorsal fin.

"Chu" atau juga dipanggil "pearlis" adalah merupakan sisik-sisik halus berwarna keemasan yang terdapat pada badan ikan di bahagian bawah sirip atas (dorsal fin). Kehadiran "Chu" adalah merupakan kriteria penting untuk mengkelaskan arowana dan membezakan MG dengan lain-lain baka seperti Golden High Back.
[GH03.jpg][GH02.jpg]Description: https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh6TF4-6DDHfBUuhibgbEO04L4as2361HJ3Spv-x7bSfJGu4G4QcDk5v-yWQJpYXFslIk8_x-UoRfGgEqWoLWpSCaUJshl8vE8gOYLf6iig9IGldbKFkL390QQ29K_D37_5WMzjXqBFyHAN/s320/GH03.jpg
Golden Head...terdapat tompokan emas pada bahagian kepala. Sisik disaluti warna emas sampai ke atas belakang (level 6)


Arowana Golden Head merupakan baka termahal dalam species Malaysia Golden. Ia matang dan mula membiak selepas usia 3 tahun. Adalah dikatakan bahawa Arowana Golden Head dihasilkan melalui kacukan (crossbreed) baka MG dengan Blood Red oleh pengusaha-pengusaha arowana Singapura yang kemudiannya mengkomersilkan baka ini.


2. Cross Back
Baka kedua termahal dalam species arowana Malaysia adalah MG Crossback. Rupanya kelihatan seperti Golden Head dengan kehadiran chu yang halus dan tersusun rapi, tetapi kepala tidak mempunyai tompokan emas. Selain itu, satu lagi perbezaan antara Golden Head dan Crossback adalah warna emas "gold ring" pada Crossback adalah lebih pekat (very intense).
[MG01.jpg]
[MG03.jpg][MG02.jpg]
Kelihatan hujung sisik pada semua barisan disaluti "ring" emas termasuk pada sisik barisan ke 6 (barisan sisik atas belakang). Oleh kerana warna emas sudah "cross" sampai ke barisan sisik atas belakang, ia dipanggil CrossBack.

Sebenarnya baka Crossback juga bukannya merupakan baka MG tulen. Ia juga terhasil melalui kacukan MG dan arowana merah. Juga matang dan membiak selepas usia 3 tahun.


3. Malaysia Golden (MG)
Perbezaan antara MG biasa dan MG Cross Back adalah terlalu kecil, iaitu bagi MG warna emas tidak meliputi keseluruhan "ring" pada sisik baris ke-6 (barisan sisik atas belakang). Bila dilihat dari atas, kelihatan jalur berwarna hitam di sepanjang sisik atas belakang. Chu juga terdapat pada MG, seperti yang terdapat pada Cross Back dan Golden Head, malah chu merupakan kriteria utama bagi MG. Baka MG yang berkualiti tinggi mempunyai chu yang halus dan tersusun rapi, samaada 2 atau 3 baris.

Kriteria utama baka MG dapat diringkaskan seperti berikut: i.    Warna emas yang pekat pada gold ring
ii.   Gold ring meliputi sisik di paras 5.5
       (iaitu sehingga sebahagian dari sisik pada paras 6)
iii.  Chu yang halus pada bahagian badan di bawah sirip dorsal
iv.  Chu yang halus juga terdapat pada pada bahagian bawah badan, di atas sirip "anal"


4. Golden High Back
Golden High Back adalah merupakan baka kacukan (hibrid) di antara pejantan MG dan induk Red Tail Golden (RTG) dari Indonesia. "Ring" berwarna emas terdapat pada pada sisik sehingga ke barisan ke 4 dan ke 5. Walau bagaimanapun, warna emas pada "ring"nya tidak begitu pekat, sebaliknya kelihatan ke arah warna perak. Baka ini kadang-kadang dipanggil High Back RTG (HBRTG).

Walau bagaimanapun, ada juga baka golden highback yang dihasilkan melalui proses kacukan antara MG dan baka-baka lain seperti banjar red. Proses kacukan ini selalunya melalui beberapa peringkat sebelum terhasilnya baka yang berkriteria seperti highback iaitu mempunyai "gold ring" iaitu jalur emas pada lilitan luar sisik.[HBmain.jpg]

[HB01.jpg]
[S5031076.JPG]

Golden High Back - "ring" emas cuma kelihatan sehingga ke sisik barisan ke 4 1/2 atau 5. Pandangan dari atas, tiada warna keemasan pada sisik atas belakang.




5. Golden Super High Back
Dihasilkan dari kacukan MG dan Golden Highback. Kualiti baka ini akan bertambah baik sekiranya proses kacukan dilakukan berulangkali, iaitu anak Super HB dikacuk lagi dengan MG, dan begitulah seterusnya. Sekiranya proses kacukan ini diulang berkali-kali, anak Super HB yang terhasil berupaya mempunyai kriteria dan kualiti seperti mana MG, bahkan tak dapat dibezakan dari MG.

No comments:

Post a Comment