Thursday, February 17, 2011

SURAT PERJANJIAN JUAL DAN BELI BALIK.

PERJANJIAN INI DIBUAT PADA
DIANTARA
IKHTIAR & TAKAWAL  ENTERPRISE.
(NO SYARIKAT: 001297777-H)

DENGAN

(NAMA PENTERNAK YG MEMBELI)
(RAKAN TERNAK)
PERJANJIAN PAJAKAN IKAN AROWANA
SELAMA 10 BULAN
PAKEJ

AHLI RANGKAIAN TERNAK

__________________________________________________________________________________

PERJANJIAN PAJAKAN TERNAKAN ini diperbuat dan ditandatangani pada .


DIANTARA

IKHTIAR & TAKAWAL  ENTERPRISE (No. Syarikat 001297777-H) adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965, yang beralamat perniagaan di No 3 kedai rangcangan luar Bandar Bt 13 Kg Sg Rambai 42600 Jenjarom Kuala Langat Selangor D.E (selepas ini dirujuk sebagai “Pihak Syarikat”) di satu pihak.

DENGAN

_____________________________________ dan No. Kad Pengenalan _______________________

yang beralamat di___________________________________________________________
(selepas ini dirujuk sebagai “Rakan Menternak”) di pihak yang lain.

Pihak Syarikat dan Rakan Menternak  secara kolektif akan dirujuk sebagai “Pihak-Pihak”.

BAHAWASANYA

A.      Pihak Syarikat bahawa dengan ini menjual kepada Rakan Menternak, ikan ikan Induk dengan  di bawah PAKEJ . pada harga RM ______ sahaja.
B.       
B. Pihak Syarikat dengan ini juga telah bersetuju membenarkan Pihak Menternak menternak dan menyelia ikan-ikan Induk tersebut (selepas ini dirujuk sebagai “ternakan“) dalam program usahasama ternakan berasaskan teknologi tinggi yang diaplikasikan oleh Pihak Syarikat (selepas ini dirujuk sebagai “Rakan Rangkaian Ternakan Menternak”
C. Oleh yang demikian maka, Pihak-Pihak telah BERSETUJU antara mereka dengan syarat dan terma seperti tercatat di bawah ini.

DENGAN INI DIPERSETUJUI BAHAWA:


1. Rakan Menternak setelah membeli ikan-ikan  Induk berkenaan, maka dengan segera menyerahkan jagaan dan penyeliaan Ikan-ikan Induk berkenaan kepada Pihak Rakan Rangkaian Menternak

2. Nota penjagaan (custody) ternakan akan ditandatangani oleh kedua-dua Pihak, sebagai bukti penerimaan dan persetujuan untuk jagaan dan penyeliaan ternakan.

3. Tempoh kontrak jagaan dan penyeliaan ini adalah selama 10 bulan hingga 12 bulan bermula dari tarikh penyerahan ikan-ikan Induk yang dibeli dan diserahkan kembali jagaan tersebut kepada Pihak Syarikat.

4. Rakan Ternak adalah BERSETUJU setelah 10 bulan hingga 12 bulan ternakan dijalankan oleh Pihak Rakan Rangkaian Ternak, maka Rakan Ternak akan menyerahkan keseluruhan Ikan-ikan Induk tersebut kepada Pihak Syarikat.

5. Pihak Syarikat akan menyediakan segala kemudahan alatan ternakan dan sistem teknologinya dalam mengusahakan ternakan di bawah Program Pakatan Ternakan ikan Arowarna tersebut di bawah jualan pakej ternakan.

6. Pembelian balik Ikan arowarna  yang telah di ternak dari Program Pakatan Ternakan Ikan Arowarna ini adalah berdasarkan kepada sistem dan kiraan pengagihan yang dibentangkan di bawah. Rakan Ternak Pihak Syarikat akan membeli balik ternakan secara 10 bulan ATAU pada setiap akhir tahun .

7. Setelah tamat tempoh kontrak, Rakan Ternak akan menyerahkan Ikan-ikan Induk yang dibeli dari Pihak Syarikat tanpa pertikaian sebagai balasan penjagaan dan penghasilan keuntungan yang telah diusahakan oleh Rakan Ternak

8. Sekiranya Rakan Ternak berminat untuk menjalankan kembali usahasama tersebut, maka setelah berakhirnya usahasama yang terdahulu, satu perjanjian baru boleh dibuat.

9. Rakan Ternak BERSETUJU bahawa bagi tujuan pendaftaran dan pemprosesan maklumat, pembayaran keuntungan menternak selama bulan 10 hanya akan dibuat oleh pihak syarikat selepas kelima atau 30 hari setelah pendaftaran dan pembelian ikan-ikan dibuat.

10. Rakan Ternak (Pakej Rakan Rangkaian Ternak) BERSETUJU bahawa setiap 1 ekor Penjualan adalah bersamaan RM 1000.00 bagi pembelian 1 ekor  ikan arowarna bagi jenis Malaysia golden.Bagi Ikan  SUPER RED RM3000.00, 1 ekor di bayar dan bagi ikan HIGHBACK di bayar 1 ekor RM4000.00

11. Perjanjian ini mengandungi perjanjian yang dipersetujui oleh Pihak-Pihak. Perjanjian ini mengatasi segala persetujuan terdahulu, jika ada, diantara Pihak-Pihak.

12. Pihak Syarikat dengan kepakaran dan teknologi yang dimiliki akan memastikan Ikan-ikan Induk yang telah diserah jagaan itu berada di dalam keadaan yang sangat baik dan juga akan memastikan Ikan ikan Induk tersebut memberi pulangan dan hasil sebagaimana yang telah ditetapkan dalam perjanjian.

13. Kedua-dua pihak adalah sama sekali TIDAK BOLEH membatalkan perjanjian ini atau menarik diri dari menyertai program ini dalam jangkamasa 10 bulan dari tarikh perjanjian beni h ikan arowana ini berkuatkuasa.

14. Penarikan Diri atau Pembatalan dari menyertai Program ini boleh dibuat selepas 7 bulan perjanjian ini berkuatkuasa dengan syarat ikan ikan Induk tersebut mestilah dijual kembali kepada Pihak Syarikat pada nilai kurang 50% daripada harga pembelian.

15. Seterusnya, meskipun dengan usaha maksima dalam menjalankan penjagaan Ikan-ikan Induk tersebut oleh pihak peternak, wujud mana-mana bahagian darinya tertangguh atau disebabkan kelengahan pembelian balik oleh pihak syarikat disebabkan:-


(i) “force majeure”
(ii)
(iii) ikan yang di ternak oleh rakan ternak terlalu kurus dan kurang sihat
(iv)
(v) Sebarang sebab atau akibat yang di luar kawalan pihak peternak,
(vi)
Oleh yang demikian hal, satu perbincangan yang lebih adil perlu dibuat

terutamanya dalam proses pengagihan keuntungan kepada Rakan Ternak

untuk disesuaikan dengan perkara yang dinyatakan di atas.



ADALAH DISAKSIKAN DI SINI bahawa Pihak-Pihak telah meletakkan tandatangan masing-masing tanpa prejudis pada hari dan tahun yang tersebut di atas.


DITANDATANGANI DAN DIMETERAI ]


Oleh dan bagi pihak ]


IKHTIAR & TAKAWAL  ENTERPRISE. ]


(NO SYARIKAT:001297777-H) ]


Tersebut dihadapan ]


………………………………………………


………………………………………………

SAKSI


DITANDATANGANI oleh ]


Rakan Ternak ]


Dihadapan:-



………………………………………………....

( )

No comments:

Post a Comment